Komputer
adalah sebuah mesin elektronik yang amat berguna pada zaman dahulu dan sekarang.
Komputer dapat meringankan kerja seharian manusia, membantu menyelesaikan
tugas-tugas manusia dengan cepat dan tepat. Komputer adalah sebuah mesin yang
boleh diprogramkan untuk kepelbagaian guna. Komputer dapat menerima data mentah,
rajah dan akan memprosesnya kemudian memanipulasikan untuk dijadikan maklumat
yang berguna. Ia juga diprogram untuk menerima input, lalu memproses untuk
mengeluarkan output seperti yang dikehendaki dan ia juga berupaya menyimpan
maklumat tersebut untuk kegunaan pada masa akan datang. Komputer telah menjadi
sebahagian daripada kehidupan manusia kerana ia mempunyai kelajuan
(speed), kebolehpercayaan (reliability), keupayaan
storan (storage capability), produktiviti
(productivity), membuat keputusan dan dapat mengurangkan kos. Sebagai
kesimpulanya, komputer adalah sebuah mesin elektronik yang dapat menyelesaikan
tugas-tugas manusia dengan lebih pantas dari tenaga manusia dan keputusannya
tepat.
SEJARAH PENCIPTAAN
KOMPUTER
Sejarah
penciptaan komputer bermula dengan terciptanya alat-alat perniagaan, seperti
Abakus yang sekarang ini dilakukan oleh
komputer. Pada zaman dahulu pengiraan dilakukan dengan menggunakan jari, manik,
kayu dan kulit kerang. Dengan terciptanya Abakus
5000 tahun yang lalu telah memudahkan ahli perniagaan dalam proses pengiraan
asas campur, tolak dan darab.Ia telah digunakan secara meluas oleh ahli perniagaan
China, Turki dan Yunani.
Blaise Pascal merupakan seorang ahli saintis
dan matematik Perancis yang di lahirkan pada tahun 1623. Pada tahun 1642,
beliau telah merekacipta satu mesin pengiraan mekanikal yang pertama mengikut prinsip persepuluhan.
George Boole adalah seorang ahli matematik
Inggeris pada tahun 1815-1864. Beliau telah mengembangkan konsep logik algebra
True/False. Beliau juga telah memperkenalkan simbol matematik dan asas kepada
penggunan dalam merekabentuk litar logik dalam komputer.
Charles Babbage dilahirkan pada 1792,
merupakan seorang ahli matematik dan perekacipta. Beliau telah membina “The
Difference Engine” yang boleh menyelesaikan pengiraan sifir matematik.
Kemudian beliau telah memikirkan satu penciptaan mesin lain iaitu “Analytical
Engine” yang diharapkan dapat melaksanakan pengiraan yang pelbagai.
Malangnya mesin tersebut tidak sempat dibina semasa hidupnya. “Analytical
Engine” mempunyai ciri-ciri komputer pada masa sekarang iaitu mempunyai peranti
input, secondary storage, Processor, unit kawalan dan peranti output.
Augusta Ada Byron membantu
Charles Babbage dalam membina arahan-arahan
pengiraan bagi mesin
“Analytical Engine”. Beliau merupakan
pengaturcaraan komputer yang pertama dengan menggunakan “Analytical Engine”.
Bahasa pengaturcaraan ‘
ADA’ diambil sempena namanya. Beliau
juga telah menerbitkan nota yang menggalakan ahli sains supaya menyempurnakan
apa yang Charles Babbage tidak sempat lakukan.
Herman Hollerith telah membangunkan satu
peranti automat yang boleh memproses pengiraan banci. Mesin tersebut dapat
menyiapkan pengiraan banci dalam masa dua tahun. Pada tahun 1880, banci
penduduk Amerika Syarikat diketahui keputusannya. Perbezaan diantara mesin
Hollerith
dan
Babbage
ialah mesin Hollerith
menggunakan
kuasa elektrik manakala mesin Babbage
menggunakan
kuasa mekanikal.
Howard Aiken telah memperkenalkan
mesin elektromekanikal yang digelar
MARK I. Dengan terhasilnya
MARK I maka bermulalah komputer
era moden. Mesin ini adalah untuk
menyelesaikan
pengiraan asas dan
masalah fungsi-fungsi
trigonometri. Ciri-ciri
MARK I
, mempunyai ketinggian 8 kaki dan panjangnya 55 kaki. Ia dibina daripada
besi dan kaca, mengeluarkan bunyi yang kuat semasa pemprosesan dilalakukan,
mengandungi lebih daripada 750000 bahagian yang diikat bersama menggunakan
Wayar sepanjang 500 batu. Sebahagiannya daripada sistem berada pada aras
yang berbeza. Dengan itu pengguna perlu naik ke atas mesin menggunakan tangga
untuk memasangkan suis. Sementara itu,
Dr. John Mauchly dan pelajarnya
J. Presper Eckert diminta oleh pegawai tentera Amerika membina mesin
yang boleh mengira peluru-peluru dengan cepat. Mereka telah merujuk kepada
hasil kerja
Dr. John Atanasoff
dan pembantunya
Clifford Berry.
Atanasoff dan
Berry berjaya membina komputer digital yang pertama menggunakan elektronik
yang di gelar
ABC (Atanasoff-Berry Computer). Manakala
Mauchly dan
Eckert telah menggunakan
ABC
sebagai asas untuk membangunkan komputer yang lain iaitu
ENIAC (Electronic Numerical
Integrator And Calculator). ENIAC
merupakan komputer pertama yang dicipta untuk tujuan umum kemudian muncul
UNIVAC I iaitu komputer pertama yang diperdagangkan
secara komersil.